Friday, February 3, 2012

Saman

Satu hari Minah pergi bank untuk bayar ansuran rumah. Ramai betul orang kat bank hari. Sesudah selesai urusan dia, bergegas la dia keluar dari bank tersebut kerana banyak hal yang nak disetelkan.

Sebaik sahaja keluar, dia nampak polis sedang menulis saman. Minah pun meghampiri polis tersebut. "Eh, macam kenal je kereta ni. Encik, apa kata kita pergi minum. Encik pun nampak penat je ni..hee". Saje minah nak beramah mesra.

Polis tu cuma tersenyum dan sambung menulis saman. "Kurang ajar polis ni". Polis tu pandang minah dengan muka merah. Selepas siap tulis saman tadi, polis tersebut tulis lagi satu saman. Minah pun, "2@#$@$%" kat polis tu. Polis tu tulis lagi satu saman. 

Minah makin berani menengking dan memaki polis tersebut. Dan...makin banyak saman dikeluarkan. Minah terus berlalu dari situ menuju ke bas yang sudah berhenti untuk mengambil penumpang. Setelah bas bergerak, minah senyum ceria sambil melambai-lambai polis tadi.

Minah yakin, surat-surat saman tu mesti dihantar ke alamat pemilik kereta tadi. Lantak la, bukan kereta dia. Saje je nak test polis tadi. Betul la apa orang kata, polis ni bukan boleh kita kutuk dia. Konpem kena saman!!Pelik la polis ni..huhu


p/s: aku syak Minah ni mereng.

No comments:

Post a Comment