Friday, February 17, 2012

Ciplak

Salam..

Masa aku google pasal drama Atas Nama Cinta tadi, ada yang mengatakan drama tu ala-ala Spring Waltz. Erm, aku pun tak sure sebenarnya sebab aku tak pernah layan drama Korea tu. Tapi aku terasa nak tulis pasal persamaan filem/drama melayu yang macam filem luar yang agak famous kot.

Tiramisu - drama yang dibintangi Syarifah Amani dan Pierre Andre. Disiarkan kat slot akasia TV3 lama dulu. Drama ni pasal Melur ngan Dani kawan baik masa sekolah. Dani wat keputusan untuk kawin dan Melur yang sukakan Dani cuba sabotaj majlis kawin Dani.Drama ni ada persamaan ngan filem My Bestfriend Wedding lakonan Julia Robert.

Gol dan Gincu ada persamaan dengan filem Legally Blonde. Kat mana persamaannya ek? Part yang sama adalah diorang duduk kat meja makan. Si perempuan ingat lelaki nak ajak dia kawin tapi rupanya nak berpisah disebabkan perbezaan minat yang ketara. Jadi si perempuan ni nak tunjukkan kat lelaki tersebut bahawa dia juga mampu jadi seperti lelaki tersebut dan dalam bidang yang sama. Cuma satu perkara perempuan tersebu takleh ubah adalah perangai dia sangat girlish dan pinky girl. Perbezaan kedua filem cuma pada bidangnya. Gol dan Gincu pasal bola manakala Legally Blonde pasal lawyer.

Babak akhir lam filem I'm Not Single sama dengan babak lam filem My Sassy Girl. Kalau ada perasan, kat babak yang dah nak hujung lam filem I'm Not Single di mana Adam pesan beberapa perkara kat Dani mengenai Maya. Pesanan ini adalah amanat Adam sebelum menyerahkan Maya kepada Dani. Dalam My Sassy Girl pun ada scene ni. My Sassy Girl filem korea yang diterbitkan pada 2001 pastu mat salleh pun remake pada tahun 2008 dengan tajuk yang sama.

Kuliah Cinta ala-ala Kuch Kuch Hotai Hai. Rasanya tak perlu la terangkan panjang-panjang pasal filem ni. Mesti ramai tahu --tomboy bertukar jadi girlish sebab nak pikat bff dia tapi bff dia ni suka kat orang lain.

Syurga Cinta lebih kurang dengan filem Kiamat Sudah Dekat. Persamaan dari segi bagaimana seorang berubah dari jalan yang penuh maksiat kepada seorang lelaki alim yang insaf. Tapi bagi aku filem Syurga Cinta lagi romantik la.
Wei..sape ciplak sape ni??

No comments:

Post a Comment