Friday, February 3, 2012

Keje..keje..keje..

Salam..

Sekarang aku kerja kat Segamat. Manakala encik tunang kerja di Pasir Gudang. Perbezaan jarak lam 3 jam perjalanan kalau drive standard aku. Kiranya kitorang ni percintaan jarak jauh la. Semasa bercinta, bertunang..berhubung melalui telefon je. Jumpa sebulan sekali.

Ramai orang push aku supaya cari keje area pasir gudang. Dekat dengan encik tunang dan kakak ada 2 orang kat sana. Buat masa ni aku tak bersungguh-sungguh cari keje lain sebab aku tak nak keje aku kat sini terganggu. Yela, kalau aku sibuk cari keje...prestasi aku merosot dan kakak aku suruh aku apply cuti untuk cari kerja.

Dah nak dekat kawin ni, aku malas nak bercuti. Nanti gaji aku sikit. So, bajet aku lari. Yela, sekarang aku tengah berjimat-cermat kumpul duit kawin. Takkan nak harapkan encik tunang je. Kesian dia. Risau jugak takut dia yak cukup rehat. Setiap hari keje dari pagi sampai malam.

Aku berazam nak jadi isteri mithali dan ibu yang boleh mendengar masalah anak-anak. Aku tak nak bakal anak-anak aku alami apa yang pernah aku lalui dulu. Insyallah.

It's so true!!can't wait..

No comments:

Post a Comment