Sunday, March 25, 2012

Sikap jeles membabi buta

Salam..

Aku tak suka orang yang cemburu buta. Tapi tanpa sedar aku pun termasuk dalam golongan tersebut. Kalau encik tunang cakap dia nak keluar dengan kawan-kawan dan ada perempuan di kalangan kawan-kawan tersebut, aku mesti tak senang duduk.

Mungkin ini dugaan berjauhan. Aku tak kenal kawan-kawannya. Aku tak tahu bagaimana sikap kawan-kawan perempuannya sama ada gedik ke, seksi ke.. Encik tunang ni jenis yang mesra orangnya dan suka ketawa.

Aku sakit hati kalau membayangkan dia sedang gelak ketawa bersama kawan-kawan perempuannya. Aku sedar, aku harus mempercayai dia. Lagipun sekarang kami sedang menghitung hari menuju alam perkahwinan. Tapi apakan daya, aku lemah dan mudah tenggelam dalam emosi sendiri.

Ya Allah, tolong kuatkan hatiku ini untuk mengawal emosi ku ini.

Wednesday, March 21, 2012

Kartun dulu dan kini.

Salam..

Aku rindu nak tengok cerita kartun yang hanya ada pada zaman aku budak-budak dulu. Ye..dah tua bangka ni pun aku still tengok kartun taw. Antaranya:

1) Tomatoman. Masa tu ditayangkan kat tv2 hari rabu kul 4.30 pm. Balik je dari sekolah petang terus terkam tv.

2) Usop Sontorian. Aku paling suka dengan ayam selebet dengan suara dia yang kelakar tu. Hee.


3) Keluang Man. Ni pun kelakar bila orang gila jadi hero. Huhu.



4) Yokies. Ni keluarga telur. Comel.

Sebenarnya banyak lagi. Sekarang aku gila Atashinci. Haha. Mak dia tu kelakar la. Kartun Jepun macam Chibi Maruko, Ninja boys, Sailormoon, Wedding Pic dan banyak lagi memang menarik. Bila tengok kartun comel dan lawak memang hilang stress. Hee.

Sekarang upin ipin dah ambik alih. Kartun Boboiboy menarik tapi dorang macam xde idea. Stress bila TV3 asyik ulang tayang episod sama. Huhu.

Ingat perempuan je ke perlu cantik dan wangi?

Salam..

Sering kali aku perhatikan. Lelaki ni nak perempuan dia cantik dan wangi sentiasa. Tapi sedarkah anda bahawa perempuan juga mahukan perkara sama?Berikut aku senaraikan ciri lelaki yang aku tak berkenan:


  1. Lelaki yang bela bulu ketiak. Sesetengah lelaki merasa mereka macho bila tak shave bulu ketiak diorang. Tapi diorang sedar tak kalau dibiarkan, peluh yang dikeluarkan sangat la tengik berbanding orang yang cukur bulu ketiak mereka. Jadi lelaki spesis ini harus memakai deodorant yang kuat baunye serta tahan lama.
  2. Muka berminyak tapi tak mahu guna pencuci muka. Lelaki ni memang la kulit diorang kurang sensitif tapi diorang ni kebanyakannya lagi aktif dari perempuan. Muka diorang pun lebih terdedah pada habuk, minyak dsb. Yang keje pejabat ngadap pc 24 jam tak termasuk k. Jadi sila la gunakan pencuci muka sebelum tido dan sebaik sahaja korang bangun tido.
  3. Lelaki yang gendut, boroi. Kebanyakan lelaki suka tengok perempuan yang berbadan ramping kan. Tapi diorang sendiri tak jaga penampilan mereka. Tahu tak anda bahawa kami, selaku perempuan yang  berhati mulus ni pun suka tengok lelaki berbadan sasa. Jadi, jom la kita meluangkan masa berjoging bersama untuk kekal sihat dan menawan ye.
  4. Lelaki berpakaian selekeh. Sangat mencacatkan pemandangan kalau seorang perempuan cantik berbaju bunga-bunga serta tudung melilit kepala dan pakai heel berjalan dengan seorang lelaki pakai t'shirt lusuh serta seluar penuh lubang dan hanya pakai selipar jamban. Huhu.
Ok. Tu je nak tulis. Ini hanya pendapat peribadi, tiada kaitan dengan sesiapa k. Sekian.

Tuesday, March 20, 2012

Totally piss off!!

Ambik ko..gedabak besar pic marah aku. Huhu. Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan aku marah sampai macam ni. Antaranya adalah kalau orang cakap pasal berat badan aku yang senang naik tapi susah turun.

Bagi aku isu berat dan bentuk badan ni adalah isu yang sensitif. Ingat aku tak tension ke kalau korang tegur pasal berat aku??Kat bawah adalah beberapa contoh ayat yang menyakitkan telinga, hati dan emosi aku.
  1. Time aku ambik mug yang besar dari biasa masa wat air kat pantri ada yang tegur "wah, besar nya gelas tu macam kau" Nak je aku jawab, "wei, bengap!mug ni lagi kecik dari hidung ko taw"
  2. "Suhaila, awak makan apa yang besar sampai macam ni?daging ke?" Aku cuma mampu jawab dalam hati, "ko lak makan pe sampai perut boroi macam tu??"
  3. Minah sama yang mengeluarkan ayat 1 ternampak aku ngah makan coklat, "patut la u tak kurus2, banyak makan coklat rupanya"..Aku cuma mampu jeling sambil menyumpah dalam hati "ko ingat ko tu kurus sangat ke?ada nampak aku makan coklat hari-hari??dah berbulan aku tak makan coklat, hari ni baru teringin nak makan sikit ko dah nyindir sampai macam tu??at least aku tak bolot semua coklat yang anak bos bagi suruh kongsi makan sama-sama letak atas meja aku macam ko tu. Sial!!"
Boleh faham tak perasaan aku? Aku ni kira masih lagi berbudi bahasa sebab aku cuma simpan dalam hati. Aku ni mana pandai cari gaduh. Tak suka!

Dalam proses menguruskan badan ni, bukan saja kena kuatkan stamina tapi mental pun kena kuat. Kalu stress, makin susah la badan nak kurus. Huhu.

Monday, March 19, 2012

Bestnye kalo duk umah goyang kaki..

Salam..

Perasan tak ayat pemalas pada tajuk di atas. Hee. Aku dah hilang minat ngan bidang engineering ni. Tak tahu nape aku ambik bidang ni. Time keje tension je manjang.

Kan bagus kalau encik tunang suruh aku berenti keje pas kawin. Duk rumah jadi suri rumah sepenuh masa je. Jaga anak-anak, dan yang paling penting boleh bagi sepenuh perhatian dengan tugas sebagai isteri mithali.

Tapi encik tunang tak kasi, selagi mampu, aku kena kerja. Bantu stabilkan kewangan keluarga. Tolong mak ayah. Penyakit malas aku ni makin lama makin menggunung. Huhu. Mana aku nak dapat semangat keje ni..??
Lazy macam garfield da ni...huhu

Friday, March 9, 2012

Laki pun ngumpat gak..

Salam..

Dulu selalu dengar perempuan la ratu gosip. Mengumpat memang lumrah walaupun tahu itu dosa. Tapi kalau lelaki pun mengumpat pe crite ek. Sangat tak macho ok!

Aku jarang berbual kat ofis ni. Kalau tengok ofismate aku kumpul kat depan, aku memang tak join la. Nak kurangkan melakukan sesuatu yang lagho. Kat department aku ni aku duk sorang sepatutnya ngan 2 lagi manager tapi diorang selalu outstation.

Kadang-kadang ada yang masuk department ni semate-mate nak kutuk orang. Aku wat tak layan je. Biasenye yang macam tu yang perempuan je. Tapi hari ni yang laki lak tiba-tiba datang dan nak ngumpat manager aku. Oh gosh!!

Wahai lelaki..tahu tak anda sangat buruk bila mengumpat. Dan sila jangan babitkan aku lagi. Kalau sekadar mendengar dosa tak?? Takkan aku nak halau, takkan aku nak tiba-tiba blah..huhu. Kalau nak tegur, memang tak pandai..aku kan paling muda kat sini. Tak reti nak tegur orang lagi tua.

ok..bye!!

Thursday, March 8, 2012

Tetamu..

Salam..

Kalau tetamu nak datang rumah, aku akan make sure rumah aku bersih dan yang penting ada makanan untuk dihidangkan. Aku ralat sikit kalau diorang datang mengejut. Kakak aku suka datang tanpa bagitau. Terpaksa la hidangkan air bujang je. Huhu.

Kalau boleh nak serve kek yang sedap dan comel untuk tetamu.

Wednesday, March 7, 2012

Izan Azizan

Salam..

Siapa izan azizan ni??Hee..ni tajuk drama kat TV9 lakonan Siti Saleha ngan Zizan Nin. Lawak la drama ni sebab Zizan bersolek dan pakai baju kurung. Siap bertudung lagi. Tapi jangan salah paham, dia bukan 'nyah' ok.

Zizan ni baru dapat keje kat KL. Nak dijadikan crite, dia takde tempat tinggal. Dia tak kenal sape2. Ada kakak je kat sane, Aziah (Syarifah Shahirah). Jadi, dia ingat nak tumpang rumah sewa Aziah dulu la. Tapi masalahnya, tuan rumah sewa dia, Nisha (Siti Saleha) ni tak kasi laki jejak kaki kat rumah tu. Jadi Aziah paksa Zizan nyamar jadi perempuan sampai dapat gaji dan cari rumah lain.

Nisha ni kerek gak masa awal crite. Kat rumah kerek, kat tempat keje lak gatal ngan Zizan. Kebetulan, Zizan dapat kerja satu opis ngan Nisha. Bak kata Aziah, 'ko ni dah macam superman, asyik kene tukar baju'. Hee, keluar rumah pakai baju kurung ngan tudung, sampai tempat keje kena salin baju jadi laki, nak balik rumah kene transform lagi. Haru betul.

Tapi kan Nisha ni tangkap cintun habis la kat Zizan. Dia siap cakap, 'I tak kisah U takde duit nak kawin, I sanggup beli cinta U'..mak aih, orang kaya kalau bercakap...Dalam drama ni ada Kefli, dia ni dah lama syok kat Nisha tapi Nisha tak layan. Macam-macam dia buat supaya Nisha benci Zizan. Tapi watak Kefli ni memang kelakar, Clumsy!

Bila dah kantoi, Nisha ni memang marah la. Tapi aku respek sebab Nisha ni marah tak lama, dia siap bawak abang dia pergi jumpa Zizan. Bukan nak pukul tapi dia pelawa Zizan duk ngan abang dia. Lastly, Nisha kawin ngan Zizan dan Aziah kawin ngan abang Nisha. Haha. Aziah ni dah lama main mata ngan abang Nisha kat kedai runcit.

Zizan ngan Aziah kat rumah


Zizan ngan Nisha kat opis (time ni dah kantoi)

Life..

Deep meaning..

KAKI..

Salam..

Kat dunia metropolitan ni memang banyak jenis kaki kikis, kaki kipas, kaki ngumpat...kadang-kadang kita je yang tak sedar kewujudan orang macam ni lam radius kita. So, hati-hati pilih kawan k...

Tuesday, March 6, 2012

Tak suka!!

Salam..

Hari tu aku pergi wedding member lama aku. Dah lama tak jumpa, lebih kurang 7 tahun. Masa study metrik dulu leh tahan kamcing la. Siap tidur sekatil. Pas masuk 'u', masing-masing menyepi sebab dulu dia tak pakai enset, jadi takde medium untuk berhubung.

Jumpa balik kat fb, tapi dia jarang online. Memang kitorang jadi tak berapa rapat la. Pastu dapat invitation ke majlis kawin dia. Aku excited giler nak pergi. Tapi dia jemput kat fb la --semua member fb dia jemput.

Then, aku ngan perasaan yang sangat teruja ajak encik tunang temankan. Dekat 2 jam perjalanan. Sesampai je aku terus jumpa dia. Tapi ekspresi muka dia masa nampak aku macam cakap 'kenapa dia datang'. Bila tengok macam tak hepi jumpa aku, aku mintak diri.

Kecewa gak time tu..simpan lam hati je..huhu. Masa on the way balik, aku asyik fikir apa salah aku kat dia. Mungkin aku ada wat salah besar kat dia dulu..tapi apa ye..??SEDIH DOWH!!

Jogging

Salam..

1st time aku pergi beriadah sepanjang 2 tahun aku kat Segamat ni. Walaupun sorang, tapi aku kuatkan semangat gak sebab nak kurus. Hehe.

Lepas balik kerja, aku terus siap ngan pakaian yang sesuai siap pakai kasut sport yang masih bau kedai. Actually dah dekat 2 tahun gak aku beli kasut tu, tapi tak pernah pakai.

Dah siap, aku ke lokasi orang ramai beriadah--tepi sungai Segamat. Time baru sampai cuak gak sebab sorang. Lama aku usha orang-orang kat situ, nak tengok selamat ke tak.

Ramai gak rupanya, tapi kebanyakannya cina la. Yang melayu banyak kat seberang lagi satu..memancing. Yang datang bawak anak jalan-jalan pun ada.

Tak sangka, kawasan riadah ni kat sini leh tahan la. Nyaman je. Kat hujung trek jogging ada court tenis dan padang bola yang luas. Tak tahu lak ada tempat macam ni sebab tersorok. Huhu.

Aku berazam nak datang tiap petang. Bukan sebab nak kurus je tapi nak sihat dan nak build stamina. Wish me luck!!Teehee..

Dah lame x senam, termengah-mengah dibuatnya..huhu