Wednesday, March 21, 2012

Ingat perempuan je ke perlu cantik dan wangi?

Salam..

Sering kali aku perhatikan. Lelaki ni nak perempuan dia cantik dan wangi sentiasa. Tapi sedarkah anda bahawa perempuan juga mahukan perkara sama?Berikut aku senaraikan ciri lelaki yang aku tak berkenan:


  1. Lelaki yang bela bulu ketiak. Sesetengah lelaki merasa mereka macho bila tak shave bulu ketiak diorang. Tapi diorang sedar tak kalau dibiarkan, peluh yang dikeluarkan sangat la tengik berbanding orang yang cukur bulu ketiak mereka. Jadi lelaki spesis ini harus memakai deodorant yang kuat baunye serta tahan lama.
  2. Muka berminyak tapi tak mahu guna pencuci muka. Lelaki ni memang la kulit diorang kurang sensitif tapi diorang ni kebanyakannya lagi aktif dari perempuan. Muka diorang pun lebih terdedah pada habuk, minyak dsb. Yang keje pejabat ngadap pc 24 jam tak termasuk k. Jadi sila la gunakan pencuci muka sebelum tido dan sebaik sahaja korang bangun tido.
  3. Lelaki yang gendut, boroi. Kebanyakan lelaki suka tengok perempuan yang berbadan ramping kan. Tapi diorang sendiri tak jaga penampilan mereka. Tahu tak anda bahawa kami, selaku perempuan yang  berhati mulus ni pun suka tengok lelaki berbadan sasa. Jadi, jom la kita meluangkan masa berjoging bersama untuk kekal sihat dan menawan ye.
  4. Lelaki berpakaian selekeh. Sangat mencacatkan pemandangan kalau seorang perempuan cantik berbaju bunga-bunga serta tudung melilit kepala dan pakai heel berjalan dengan seorang lelaki pakai t'shirt lusuh serta seluar penuh lubang dan hanya pakai selipar jamban. Huhu.
Ok. Tu je nak tulis. Ini hanya pendapat peribadi, tiada kaitan dengan sesiapa k. Sekian.

No comments:

Post a Comment