Monday, March 28, 2011

Kapel dengan lelaki cina.

'dah tak ada lelaki melayu ke kat Malaysia ni?'

'dia kan kristian, ko tak takut ke?'

Kalau aku bagitahu yang aku dah kapel lagi tapi dengan lelaki cina macam mana? Mesti macam ni la tanggapan  orang. Ye, aku akui..susah kalau bercinta dengan bangsa berlainan. Lagi-lagi bila agama pun berbeza. Budaya melayu dengan cina amatlah lain dari segi pemakanan, gaya hidup sampai la pada cara pergaulan.

Bab agama pula lagi la teruk. Kalau dia sanggup convert to Islam, famili dia restu ke?Tak sanggup biarkan dia disisih keluarga. Famili aku boleh ke terima dia?Macam-macam persoalan. Tapi, kalau sudah jodoh, apa salahnya. Bukan sengaja menempah bala, tapi tak boleh elak dari menyukainya.

Sunday, March 27, 2011

Baby Red Is Back!

Alhamdulillah..setelah sebulan lebih tersadai kat workshop, akhirnya siap gak picanto merah aku tu. Rindu giler. Yang paling aku suka, Baby Red dah tambah cantek dari dulu..(huahaha..suke!). Segala calar yang pernah aku calit kat Baby Red SEBELUM accident dah tak ada. Diorang dah betulkan semua. 

Kali ni, aku lebih menghargai Baby Red. Tak berani nak berkasar dan aku dah tahu erti sabar time drive..(ceh!konon dah jadi driver berhemah la ni..hihi). Janji tak nak drift lagi dan ikut had laju. LOVE U SO MUCH BABY!!Mmmuahhh...

Monday, March 21, 2011

Pengorbanan Seorang Ayah

Tut...tut..telepon klasik ayah berdering..
Ayah: Hello..assalamualaikum..(ceria suara ayah)
Anak: Waalaikumussalam. Ayah..(suara manja)
Ayah: Dah tahu dah..kalau panggil manja macam ni mesti nak duit kan..
Anak: Heeee..
Ayah: Nak berapa?Nanti ayah bank in.
Anak: Tak banyak 500 je..
Ayah: Ok. Nanti dah bank in ayah bagitau.

Si anak sangat ceria. Esok boleh la pegi shopping dengan kawan-kawan. Erm..biasa berlaku kan. Korang pun mesti penah gak kan. Kalau ayah kaya, harta berjuta tak apa la. Tapi kalau ayah cuma petani yang duitnya cukup-cukup makan, sanggup ke minta? Eh, sapa kata tak ada yang sanggup. Ramai je. Lagi-lagi bila ayah cakap, 'nanti ayah usahakan'. Lebih-lebih lagi kalau si anak sedang menuntut di menara gading. Ayah sanggup bergolok gadai demi memenuhi kehendak keperluan anak.
Sepatutnya, usia macam ni ayah berehat je.
Biar anak yang uruskan keperluan ayah pula.

Ayah, Sella minta maaf, Sella pun banyak bebankan ayah tak kira time belajar atau da keje ni. Tetap selalu susahkan ayah. Sella janji, akan kerja lebih tekun..Sella balas pelan-pelan ye. I love you ayah. Sob..Sob..entry touching..ouch!!

Kenapa mesti milik orang?

Lokasi:Tasik belakang kolej

Tengah duk sedut angin petang, aku dikejutkan dengan satu suara dari belakang.
Tie: Sella..ko ke ni??Watpe kat sini?
Sella: La..ko Tie..lama tak nampak. Aku duk buang ambik angin kat sini.
Tie: Makin 'sihat' ko sekarang. Tengah bahagia ke?
Sella: Perli aku eh. Aku sentiasa bahagia. Muka ko berseri-seri. Pakai produk pe?
Tie: Yeke..aku berseri-seri sebab dah naik pelamin kot. Hee.
Sella: Wah, bior betul? Bila? Ngan sape? Mane kenal? Ensem tak?
Tie: Insyallah hujung minggu ni. Tapi aku tak buat majlis lagi. Nikah je dulu.
Sella: Oooo..nikah gantung la ni..majlis bila?
Tie: Tak pasti lagi. Lagipun kami kawin kat Siam.
Sella: La..kenapa? Tak dapat restu ke?
Tie: Dia suami orang. Isteri pertama tak tahu lagi.
Sella: Owh..(terkedu seketika)
Tie: Ko mesti terkejut kan. Aku tak kisah. Yang penting dia sayang aku.

Aku cuma boleh doakan kawan aku ni bahagia. Padahal dulu,dia la orang yang paling anti dengan poligami. Katanya, cinta tak boleh dikongsi. Tapi sekarang, dia sanggup berkongsi malah mungkin sanggup melukakan hati seorang insan yang sudah bergelar isteri.
Boleh tak kalau aku hadiahkan kek ni untuk Tie??Huhu

Sunday, March 20, 2011

Cutenye Lelaki.......

Baru lepas meeting. Bengong gak kepale nak tangkap pe yang bos cube sampaikan. Maklumlah, telo cina + melayu = bahasa semacam. Haha. Tengah duk dengar bos membebel, aku terpandang tangan IR asyik kat kaki. Rupenye duk main kasut crocs oren yang masih bau kedai. Leh lak  lam bilik meeting duk usap-usap crocs tu. Tapi aku cuma boleh tersenyum je la. Comelnye perangai IR ni.

Erm..berbalik pada comel, aku rase kebanyakan lelaki tak suka kalau kita cakap dia comel. Diorang lebih suka kalau kita cakap diorang ensem, macho, bergaya. Tapi aku lebih suka tengok gelagat yang comel. Bukan lelaki miang yang buat-buat comel tau. Ada sorang kawan aku ni ada tabiat gigit kuku sampai kuku ibu jari kontot. Tapi aku rasa comel je. Suka sentuh ibu jari dia. Hehe.

Wednesday, March 16, 2011

The Best Thing Happen in March

Haluuuuuuu..........

The happiest moment in my life happen in this month. Nak tahu apa tu??Hee,,,erm.. 
1st..aku dah boleh pakai my old tight jeans. Siap longgar lagi dari dulu. Tak payah ambik supplement atau pape ubat. Just control makan.
2nd..break up with that shit freaking bad guy!!Finally, setelah berfikir dengan waras, setelah beberapa bulan couple with that shit and setelah bad stuffs happen. Mulanya, aku nak bagi dia peluang..konon sayang giler kat dia tapi dia guna peluang untuk buat perkara lagi dahsyat!!WTF!!Aku happy sebab aku mampu bencikan dia. I'M SINGLE...yeah!!No more TROUBLE!!
Anyway..my life is very tenang sekarang. Tiada gangguan di malam hari dan tiada paksaan in my daily life..back to my old schedule. (^_^)
Very calm like this scene.

Sunday, March 13, 2011

Friday, March 11, 2011

Gelak sakan...BWAHAHA!! (1)

Tengah ber'google aku terjumpa komik apo yang di scan. Aku upload kat sini sebab aku pun suka baca lagi-lagi karya LAMBOK. Memang kelakar tahap cipan la. Ada yang sadis gak BWAHAHAHAHA. Ni kisah bapak dengan 2 orang anaknya.
Wujud gak ayah yang macam ni kan. kebulur la jawabnya anak-anak dia ni. BWAHAHAHAHA..!!!!!!

p/s; kalo tak jelas, kelik kat page tu lepas tu zoom.

Earthquake and Tsunami at JAPAN 11/3/11

Sekali lagi dunia digemparkan dengan tragedi tsunami yang diakibatkan oleh gempa bumi. Kali ini tsunami dan gempa bumi melanda negara Jepun. Mengikut sumber, gempa bumi adalah bermagnitud 8.9 iaitu 8000 kali lebih kuat dari yang berlaku di Christchurch, New Zealand bulan lepas (Februari 2011). Ia adalah gempa yang direkodkan ke-5 terkuat sejak tahun 1900. Kawasan yang paling terjejas adalah bandar Sendai yang terletak di bahagian utara Jepun. 300 mayat telah ditemui dan 500 dilaporkan hilang. Feri penumpang dan keretapi yang sarat dengan penumpang juga tidak ditemui. Angka kematian juga dijangka meningkat jika keadaan banjir besar akibat tsunami berlarutan.

Kawasan perumahan yang terbakar di Bandar Natori
Seorang pekerja memeriksa kerosakan di Joban Motorway berhampiran Mito, Jepun.
Ketika tsunami menyerang
Marilah kita sama-sama berdoa semoga tragedi sebesar ini tidak melanda Malaysia sekali lagi. Yang rasa-rasa amal belum cukup tu, cepat-cepatlah bertaubat. Ini pun salah satu petunjuk 'kiamat sudah dekat'.

p/s: petanda kiamat - bencana alam berlaku

HADIAH UNTUK SI DIA..

Hari jadi, hari ulang tahun, majlis perkahwinan, melawat member yang baru melahirkan..mesti nak bagi hadiah kan. Tak kira besar atau kecil, yang menerima pasti menghargai hadiah tersebut. Tanda ingatan dari pemberian ikhlas. Untuk yang tersayang, lagi-lagi ketika hari ulang tahun kelahiran, sudah pasti kita hendak memberi hadiah yang si dia akan gunakan atau boleh dilihat setiap hari. 
Kalau hadiah untuk perempuan, tak susah rasanya. Tapi kalau dapat awek yang cerewet memang susah sikit kot...hehe. Ni senarai hadiah yang biasa perempuan dapat..
  1. Barang kemas- rantai, gelang, cincin, subang. Tak kira emas, silver, mutiara, jed...semua ni perempuan suka. Jarang jumpa yang tak suka. Haha, lumrah.
  2. Soft toy macam teddy bear yang sangat comel.
  3. Kalau bagi bunga pun ok tapi cepat layu. Lebih baik jika disertakan dengan small teddy. Nice.
  4. Jam tangan.
  5. Baju yang sesuai ngan perwatakan gadis tersebut. Kalau jenis yang sporty, takkan nak bagi dress kan.
  6. Kasut. Tapi kena make sure saiz ok. Kalau tak, rugi je bila tak dapat pakai. Keistimewaan hadiah tu pun dah hilang bila sarung tak muat.
  7. Handbag pun ok gak.
  8. Kalau pandai melukis, buat potret si dia lepas tu framekan. Mesti dia suka.
  9. Barang-barang digital pun amat sesuai di zaman berteknologi tinggi ni. Ipod, kamera, handphone, etc.
Apabila hadiah tersebut untuk lelaki, pening juga nak fikir. Tetapi kat sini aku boleh senaraikan hadiah standard untuk lelaki..
  1. Jam tangan. Cita rasa lelaki ni susah sikit nak paham.
  2. Baju. T'shirt pun ok. Jersey ke..Kalau yang kerja kat pejabat, boleh bagi kemeja. Neck tie pun ok.
  3. Belt. 
  4. Wallet. Tetapi diorang jarang nak tukar wallet kalau yang dia ada elok lagi.
  5. Kasut.
  6. Perfume. 
  7. Barang-barang digital.
Kalau kita risik dulu apa yang dia perlukan atau apa yang diimpikan, mesti hadiah tersebut lagi istimewa. Pendek kata, tak kisah la apa yang kita bagi. Si dia pasti gembira. Kalau dapat jenis yang cerewet, tak dapat nak tolong ye. haha.

Thursday, March 10, 2011

CINTA YANG RAPUH!!

CINTA. Hadirnya tidak terduga, hilangnya pasti terasa. Definisi cinta terlalu subjektif dan sukar untuk ditafsirkan. Ada yang sanggup mati kerana cinta. Ada yang sanggup membunuh kerana cinta. Cinta boleh mengubah manusia jadi makhluk yang paling mulia dan boleh juga menjadi sangat kejam. Semua bergantung pada seseorang untuk mengawal panahan cinta yang bergelora.

Nak cerita satu kisah. Seawal cinta mula berputik, semuanya indah. Sehari tak berjumpa bagai bertahun lamanya. Sama ada jaga atau tidur, hanya wajah sang kekasih bermain di mata. Setiap saat kalau tidak ber'sms' pasti hati gundah gulana. Kemudian, terus call untuk bertanya kenapa, apa yang terjadi. Jika pasangan cakap, lupa nak topup, serta-merta pergi topupkan. Setiap detik, mahu tahu apa perkembangan sang kekasih - apa yang dilakukan, apa yang dimakan, apa yang difikirkan.

Tetapi....apabila masa berlalu, rasa cinta itu semakin pudar. Rasa jemu mula bertandang. Apabila tak jumpa tak rasa apa-apa. Tak perlu lagi hari-hari bertanya khabar kerana menganggap jika sang kekasih tidak mengadu, pasti dia sihat-sihat saja. Apabila sang kekasih sms, jarang dibalas jika tidak penting. Jenuh ditunggu balasannya. Panggilan telefon juga tidak di jawab. Rapuhnya cinta mereka. Sang kekasih bertanya pada rakannya, adakah dia sedang dalam kesusahan. Kata mereka, dia baik-baik saja dan ceria seperti biasa. Tetapi hati sang kekasih tidak tenteram. Seperti sudah tidak diperlukan lagi. Segalanya tidak sama seperti dulu. Kawan-kawan menasihatkan sang kekasih, tinggalkan saja dia. Tetapi sang kekasih ingin terus menunggu, mungkin dia akan kembali seperti dulu. Masa terus berlalu, cinta itu tetap terasa pudar.

Akhirnya, sang kekasih tidak sanggup menunggu lagi. Dia mengambil keputusan untuk berpisah hanya dengan mengutuskan sms. Tetapi, smsnya tetap tiada balasan dari si dia sampai sekarang. Sang kekasih menganggap si dia sudah membaca smsnya dan tak mahu membalas kerana dianggap tak perlu. Sang kekasih redha.

p/s: ini kisah benar dan biasa berlaku..sesungguhnya, cinta yang hakiki hanya milik Dia, Sang Pencipta.

AKU TERLEKA!!

Aku mula bawak kereta sejak bulan Disember 2010. Tapi aku dapat lesen 'P' masa awal bulan Januari 2011. Haha, sebulan bawak kereta tanpa lesen. Tak menyempat kan..hee. Sejak ada kereta, aku tak boleh duduk diam, lagi-lagi hujung minggu. Bukan apa, bosan la lepak sorang kat umah..bila da ada kereta, merayap la jawabnya. 

Ni la kereta aku : BABY RED
Biasanya, aku just drive tanpa tujuan, isi minyak penuh-penuh lepas tu terus gerak. Tengah drive baru aku fikir nak ikut jalan yang mana satu sama ada ke kiri, ke kanan, atau nak u-turn. Kalau aku tension pun, ni la caranya untuk aku lepaskan tekanan. Seronok bila dapat drive, lagi-lagi kat jalan penuh liku (tak tahu nak guna perkataan pe..:p) macam jalan dari Segamat ke Tangkak.

Lebih kurang macam ni la jalannya.
Suatu hari, aku rasa sangat sedih dan tertekan disebabkan masalah aku dengan teman lelaki (sekarang dah jadi kenangan). Aku bersendirian di rumah, kebetulan kawan aku ajak jumpa kat Melaka - dia ada family trip. Pada mulanya, aku malas. Tepat jam 8 malam, perasaan aku makin berkecamuk, jadi aku pergi menghidupkan enjin dan drive menuju ke Tangkak kemudian sampai ke susur masuk highway. Gerak hati aku  seperti menyuruh aku teruskan saja perjalanan tu. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk ke Melaka.

Sampai saja di Melaka, aku terpegun dengan keindahan Bandaraya Bersejarah ni. Cantik! lagi-lagi waktu malam yang penuh dengan lampu berkelipan. Aku terus menuju ke Dataran Pahlawan, tempat kawan aku berada. Bila aku sampai, kitorang cuma sempat minum dan berborak sekejap saja kerana family dia dah nak berangkat balik KL malam tu juga. Ayahnya ada hal pulak..huhu. Jadi aku stay dulu kat bandar yang indah tu sementara mereka berangkat. Alang-alang dah sampai sini kan..lagipun kali terakhir aku datang, 5 tahun yang lepas. Banyak yang sudah berubah.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Kawan aku mesti sudah masuk highway. Aku nak stay lama-lama, tak best la pulak rasanya. Lagipun, aku sorang-sorang. Jadi, aku ambil keputusan untuk balik ke Segamat. Sedang aku mencari jalan pulang (ke highway Ayer Keroh), aku terleka dengan keindahan neonnya. Tiba-tiba..PANGG!!!..aku terlanggar sebuah proton satria. Aku pegang stereng dan tekan brek sekuat tenaga sambil pejamkan mata. Apabila aku buka mata, suasana agak kelam kerana kereta aku telah dipenuhi asap. Aku gugup! Seorang gentleman mengetuk pintu dari luar,minta aku buka lock. Dalam keadaan blur, aku buka lock. Lelaki itu buka seat belt aku dan menarik aku keluar. Katanya, dia panik melihat asap yang memenuhi ruang keretaku. Alhamdulillah, aku selamat, cuma cedera ringan saja. Tapi BABY RED aku...rosak teruk!!Sekarang sudah 3 minggu BABY RED terlantar di workshop gara-gara kecuaian kau. Nasib baik pemandu dan penumpang proton satria semua selamat dan tidak cedera. Akibat kecuaian aku...

  1. BABY RED tenat di bahagian enjin...miss her..:(
  2. Proton Satria pun sakit di bahagian pintu sebelah kiri..kemik habis sampai belakang, tayar belakang terangkat sedikit.
  3. Lalulintas menjadi sesak
  4. Pihak hospital tambah lagi satu kes kecemasan..aku dibawa ke hospital dengan ambulans untuk merawat kecederaan ringan yang aku alami.
  5. Akibat luka di dagu dan leher, aku susah untuk buka mulut sama ada untuk bercakap atau makan
  6. Aku tak boleh makan makanan pejal hampir seminggu kerana luka di dalam mulut, mungkin aku tergigit ketika perlanggaran. Hanya minum milo dan sedikit bubur
  7. Pihak polis tambah lagi kerja..pukul 1 pagi sampai di balai
  8. Aku dikenakan saman trafik
  9. Menyusahkan pemilik proton satria
  10. Menyusahkan kakak aku yang terpaksa memandu dari JB ke Melaka pada malam itu juga. Sampai di Melaka hampir pukul 3 pagi.
Aku jadikan pengalaman ini sebagai satu iktibar untuk masa hadapan dan menyedarkan aku tentang sesuatu. Pengajaran yang aku dapat...

  1. Berfikir sebelum bertindak. Jangan terlalu mengikut perasaan.
  2. Rancang perjalanan. Keluar awal.
  3. Jangan memandu seorang diri ke tempat yang jauh di malam hari.Perlukan teman untuk tengokkan sign board dan arah
  4. Jangan terlalu leka dengan keindahan neon..hehe
  5. Always wear seat belt. Bayangkan kalau aku tak pakai seat belt, mesti dah melayang keluar dari kereta.
  6. Mesti peka dengan keadaan jalan dan pemandu yang lain. Bertolak ansur la k..
Jadi, tak kira kita di mana, tak kira waktu, kita mesti berhati-hati dan jangan cuai. Akibat kecuaian, bukan saja menyusahkan diri sendiri malah orang lain juga turut merasa kesannya. Berhati-hati selalu ok!!