Sunday, June 12, 2011

Poning lagi..

Tiap kali meeting, mesti aku pening. Mana taknya, topik yang sama setiap minggu. Finance, payment...dan semua yang ada kat slide presentation are numbers. Aku lansung tak paham. Sekarang, aku makin lemah untuk memahami bahasa bernombor ni..Huhu.

Aku dah makin bengap sekarang. Pening aku hanya akan hilang bila masuk bab engineering je. Kalau minggu-minggu akan datang pun macam ni..jem la otak aku setiap hari isnin. Bukan sekejap nak kena lepak lam bilik meeting tu. Naik kebas bontot. Kalau buat-buat tak dengar, nanti kena sound lagi "please pay attention ye bila bos cakap". (yup!dah pernah kena sound).

Kalau bab ke'bengap'an aku ni, mesti disebabkan beberapa faktor;
  1. makan kepala ikan (my feveret skang)
  2. dalam air ada semut (buang semut, pastu minum balik air tu, tak elok membazir kan)
  3. otak banyak fikir perkara lagho (ex:pasal lelaki yang macho lagi ....)
  4. kurang kasih sayang (ada kaitan tak??hee)
  5. kurang zat dalam makanan (duit takde, macam mana nak makan yang berkhasiat)
  6. banyak fikir personal problem (car, money, family)
*tadi gi beli vitagen, hope bila tummy boleh digest dengan baik, otak pun boleh function dengan betul
Pernah tak korang macam ni??

Friday, June 10, 2011

Tanggungjawab bersama!!

Selalunya kalau kita tanya lelaki, apa ciri gadis idaman..mesti ramai yang jawab nak yang pandai masak. Kalau tanya perempuan lak, nak yang bertanggungjawab la kan.

Tapi sekarang ni, nak cari perempuan yang tahu masak senang tak? kalau masak yang simple, mesti ramai yang tahu. Tapi kalau yang expert masak, susah kot. Aku cakap macam ni sebab aku pun bukan tahu sangat masak. Kalau ikut selera aku, ikan goreng cicah budu pun dah sedap. Hee.

Tak kira zaman batu dulu atau zaman moden, mind set tentang tanggungjawab isteri tetap sama. Tak kira perempuan kerja atau tak, kerja kat rumah mesti perempuan yang buat. Dari laundry, kemas umah, memasak--yang ada maid tu tolak tepi la..huhu. Dah penat kerja, balik rumah mesti nak rehat kan tapi kalau tengok rumah bersepah, takkan nak tengok je..automatik nak kemas dulu, masak untuk famili, tunggu anak-anak dan suami tercinta tido, baru la boleh rehat ngan tenang. Tu pun kalau suami tak kejutkan tengah malam, mengadu lapar!!

Bukan nak mengeluh..tapi bagi isteri mithali, dia pasti seronok dan sanggup berkorban apa saja kan. Erm..aku kategori mana ek..yang mengeluh penat atau yang melakukan semua dengan ikhlas?? *konpem yang mengeluh..Huh!!

Tu pasal isteri..kalau suami, aku nak lelaki yang boleh imamkan aku dengan anak-anak. Bimbing kami dan tahu melindungi kami. Hee..Sebabnya, aku ni bukan baik sangat. Banyak kurang dari segala segi. Yelah, tak semua sempurna kan. Suami isteri ni sifatnya saling melengkapi. Omputih cakap complete each other..haha..

p/s: kan bagus kalau boleh bekerjasama dalam semua hal. isteri tolong suami cari duit, suami pun tolong la wat kerja rumah ye..

Tuesday, June 7, 2011

Loneliness is silent killer!!

Pandang kiri nampak dinding, pandang kanan nampak dinding lagi, pandang depan ada tv, pandang atas nampak lampu ngan kipas, pandang belakang...erk, tak nak pandang. Hee..duk sorang memang takut nak pandang belakang lagi-lagi time malam. Itu lah situasi aku sekarang bila my housemate dah pindah. 

Kadang-kadang boleh mati akal bila takde crite best kat tv, dah mula bosan ngan suara dj kat radio, dah muak ngan lagu kat mp3/enset..erm, nak keluar tapi tak tahu hala tuju, nak telefon seseorang..tak tahu siapa yang nak dengar aku membebel. 

Huh! tu lah Sella, ada kawan baik, kau cari pasal, cipta masalah..kan dah menyesal bila takde tempat mengadu. Yup! aku tak pandai berkawan. Aku tak tahu erti best friend. Hati aku penuh ngan hasat dengki. Aku sakit hati tengok orang bahagia dan selalu tanya diri sendiri.."kenape aku tak boleh bahagia seperti mereka??"

Bila berkapel, aku selalunye tak bertahan lama. Paling lama setahun. Paling singkat sebulan. Aku pun tak tahu mana silapnya. Sampai pernah terlintas kat dalam kepale ni, nak hidup bujang seumur hidup. Kapel pun tak boleh tahan, apatah lagi perkahwinan yang perlu duduk sebumbung sampai tua. Aku takut atau lebih tepat fobia dengan perpisahan.

Boleh ke aku bertahan hidup sorang??Will my life end like Beth Young (Desperate Housewife)??..tak mungkin..aku masih waras. Seseorang yang bunuh diri konpem tak cium bau syurga. I'm totally lost. Wuuu..