Sunday, June 12, 2011

Poning lagi..

Tiap kali meeting, mesti aku pening. Mana taknya, topik yang sama setiap minggu. Finance, payment...dan semua yang ada kat slide presentation are numbers. Aku lansung tak paham. Sekarang, aku makin lemah untuk memahami bahasa bernombor ni..Huhu.

Aku dah makin bengap sekarang. Pening aku hanya akan hilang bila masuk bab engineering je. Kalau minggu-minggu akan datang pun macam ni..jem la otak aku setiap hari isnin. Bukan sekejap nak kena lepak lam bilik meeting tu. Naik kebas bontot. Kalau buat-buat tak dengar, nanti kena sound lagi "please pay attention ye bila bos cakap". (yup!dah pernah kena sound).

Kalau bab ke'bengap'an aku ni, mesti disebabkan beberapa faktor;
  1. makan kepala ikan (my feveret skang)
  2. dalam air ada semut (buang semut, pastu minum balik air tu, tak elok membazir kan)
  3. otak banyak fikir perkara lagho (ex:pasal lelaki yang macho lagi ....)
  4. kurang kasih sayang (ada kaitan tak??hee)
  5. kurang zat dalam makanan (duit takde, macam mana nak makan yang berkhasiat)
  6. banyak fikir personal problem (car, money, family)
*tadi gi beli vitagen, hope bila tummy boleh digest dengan baik, otak pun boleh function dengan betul
Pernah tak korang macam ni??

No comments:

Post a Comment