Tuesday, February 28, 2012

Nak kurus tapi..

Salam..

Aku begitu mengidamkan bentuk badan yang langsing ketika majlis kawin aku nanti. Tapi badan aku susah sangat nak turun. Nak naik boleh lam sekelip mata je.Huhu.

Berat badan aku mula naik masa aku belajar kat UTM. Mungkin kerana kurang berpeluh..kurang berpeluh maknanya kadar metabolisme aku kurang la kan. Berbanding masa matrik, berat badan aku susut sampai aku habis belajar.

Aku rasa sebab masa matrik, aku ngan kawan-kawan suka jalan-jalan keliling kolej (usha mamat ensem main bola)..haha. Walaupun berjalan je, aku sweating a lot and i like that.

Kat UTM lak, petang-petang pas kelas mesti tdo, tak pun terperap lam bilik layan drama korea. Aku teringin nak berjalan keliling UTM..tapi kawan-kawan semua malas. Disebabkan takde kawan satu kepala..rutin aku berubah jadi penternak lemak yang berjaya..huhu.

AKU NAK KURUS BALIK!!!!!!

Dari begini..lam 55kg
Kepada begini...67kg

Thursday, February 23, 2012

My imagination

Salam..

Dari dulu aku berangan nak kawin pakai gaun yang meleret dan meriah. Suasana majlis lak sangat romantik. Tapi apa kan daya, aku hanya insan biasa. Buat sekadar yang mampu je la.

Ok, tu lain cerita. Sekarang aku nak tulis pasal angan-angan aku. Aku suka tengok drama omputih yang macam fairy tale. Aku suka crita kartun yang ada prince charming ngan princess yang bertuah. Aku selalu berangan aku pakai dress yang macam princess tu pakai.

Aku dulu senang rasa nak muntah time gosok gigi. Pelik but true. Bila aku rasa loya, aku akan menggambarkan aku kat sebuah ladang bunga tulip warna kuning atau ladang lavender. Otomatik tak jadi muntah. Hee.

Aku rasa suasana kat padang yang penuh ngan bunga ni sangat romantik. To be honest, banyak kali aku bermimpi aku kat kawasan tu dan aku pakai gaun yang super cantik.

Aku suka dengan khayalan aku sebab aku jadi tenang bila terbayangkannya. Entah mampu jadi realiti atau tak pun aku tak tahu.

Aku impikan aku hidup di kawasan yang sangat tenang. Jauh dari hiruk pikuk bandar yang super busy. Hidup dengan bersederhana tapi bahagia. Only God knows what will happen next!!
Dress yang Vanessa pakai ni cantik kan..tak seksi sangat

Mimpi

Salam..

Sejak akhir-akhir ni aku selalu mimpi bukan-bukan. Malam tadi aku mimpi pasal baby tembam. Ye, aku suka tengok baby tembam sebab sangat comel.

Ni bukan kali pertama mimpi pasal baby. Banyak kali kot. Mungkin aku dah terlalu rindukan Qushairi Azwar. Disebabkan jarak yang jauh, susah nak jumpa baby. Nanti ada masa, makteh pergi jumpa Azwar k.
Masa ni baby lom tembam lagi..hee

Monday, February 20, 2012

Cermin kereta aku kena pecah!

Salam..

Aku tak tahu bagaimana perasaan aku sekarang..bercampur. Geram, marah, sedih dan wtf. Tak pasal-pasal insiden ni melemahkan semangat aku yang sememang nya dah rapuh ni.

Menurut jiran aku yang duk tingkat dua..(aku duk umah flat, tingkat tiga), dia tersedar dari tidur pukul 4 pagi selepas terdengar bunyi bising kat bawah. Dia intai dari bilik dia nampak sorang mamat india pusing kereta aku dan pecahkan tingkap.

Dia pun terus bukak tingkap. Mamat india tu pun lari masuk lori. Malam tu aku xsedar pape. Tak tahu pun apa yang jadi kat kereta aku. Esoknya aku pergi kerja seperti biasa. On the way pergi kerja aku nampak kereta ok je (tak nampak cermin depan). Aku jalan kaki je pergi kerja. Dekat sangat lagipun.

Lepas balik kerja baru perasan, tu pun jiran aku yang bagitau. Aku pun check la bahagian yang pecah tu. Dia pecahkan kat road tax je..kertas road tax tu hilang. Sedih sangat tengok keadaan RED. Tak pasal menyusahkan hidup aku.

Hari ni aku pergi ambik salinan road tax yang baru. Kena bayar rm50..mahalnya..T_T... Aku lom betulkan cermin lagi. Buat masa sekarang aku lekatkan plastik dulu. Lom ada duit nak repair. Disebabkan insiden ni duit aku terbang!!Waaaaaaaaaaaaaa..nape lam banyak-banyak kereta kat situ, aku je yang kena??why??why??Dugaan..

Aku cuma boleh mohon pada Allah supaya insan terbabit diberikan balasan setimpal!!Amin..

Friday, February 17, 2012

Kereta idaman!

Salam..

Setakat ni aku dah guna 2 kereta. Yang pertama, kereta kakak aku --> aku sambung bayar tapi dia ambik balik sebab nak jual. Suka hati dia je kan. Huhu.

Actually aku suka tengok kereta yang warna terang dan menyerlah berbanding kereta yang warna dull dan menarik. Aku suka kereta warna merah atau kuning yang terang. Kereta aku sekarang warna merah. Love it.Hee.

Aku sangat-sangat berangan nak drive sport car dan bawak balik kampung. Biar terbeliak biji mata makcik-makcik kepoh. Haha, ada unsur berlagak di situ. Tapi, siapalah aku. Tak mampu kot. Sekarang aku aim Caldina.

Yela, tak lama lagi nak kawin. Insyallah, nak anak ramai. Meriah sikit. Jadi perlukan kereta yang ada ruang besar dan elegan. Dalam kepala aku..Caldina la.

Best friend

Salam..

To be honest, i don't really have a best friend. Hanya ada kawan yang rapat dan jarang jumpa. Aku ni memang susah sikit nak rapat ngan orang. Kalau rapat pun mungkin sekejap je. Sekadar berkawan orang cakap.

Hidup aku sekarang boleh dikategorikan sebagai takde life. Kat Segamat ni aku suka wat hal sendiri. Tak ramai kawan. Pagi g keje, balik petang terus terperap lam umah je..layan tv. Kalau nak keluar beli barang, baru la kereta cabuk aku tu bergerak.

Dulu aku suka hang out ngan sorang kawan ni. Tapi aku kena turun JB. Dah dekat majlis kawin ni, aku memang jarang la g sane. Nak save bajet. Harapnya dia faham. Kalau nak dating ngan tunang lak, pas kawin baru boleh btol2 berkepit. Sekarang dia keje 7 hari seminggu. Memang takde masa nak jumpa aku. Nanti dah duk serumah, boleh la tarik nafas lega.

Setakat ni, aku belum jumpa lagi sahabat yang boleh dikategorikan sebagai best friend. Masa belajar dulu aku pernah anggap salah sorg member aku sebagai best friend, aku ingat dia pun macam tu sebab kitorang pergi mana-mana berdua. Tapi lepas dia kuarkan statement "sepanjang kat UTM ni, kita tak jumpa lagi kawan yang boleh panggil best friend, tak macam masa matrik dulu" Aku terkedu, sedey..T_T...

Ciplak

Salam..

Masa aku google pasal drama Atas Nama Cinta tadi, ada yang mengatakan drama tu ala-ala Spring Waltz. Erm, aku pun tak sure sebenarnya sebab aku tak pernah layan drama Korea tu. Tapi aku terasa nak tulis pasal persamaan filem/drama melayu yang macam filem luar yang agak famous kot.

Tiramisu - drama yang dibintangi Syarifah Amani dan Pierre Andre. Disiarkan kat slot akasia TV3 lama dulu. Drama ni pasal Melur ngan Dani kawan baik masa sekolah. Dani wat keputusan untuk kawin dan Melur yang sukakan Dani cuba sabotaj majlis kawin Dani.Drama ni ada persamaan ngan filem My Bestfriend Wedding lakonan Julia Robert.

Gol dan Gincu ada persamaan dengan filem Legally Blonde. Kat mana persamaannya ek? Part yang sama adalah diorang duduk kat meja makan. Si perempuan ingat lelaki nak ajak dia kawin tapi rupanya nak berpisah disebabkan perbezaan minat yang ketara. Jadi si perempuan ni nak tunjukkan kat lelaki tersebut bahawa dia juga mampu jadi seperti lelaki tersebut dan dalam bidang yang sama. Cuma satu perkara perempuan tersebu takleh ubah adalah perangai dia sangat girlish dan pinky girl. Perbezaan kedua filem cuma pada bidangnya. Gol dan Gincu pasal bola manakala Legally Blonde pasal lawyer.

Babak akhir lam filem I'm Not Single sama dengan babak lam filem My Sassy Girl. Kalau ada perasan, kat babak yang dah nak hujung lam filem I'm Not Single di mana Adam pesan beberapa perkara kat Dani mengenai Maya. Pesanan ini adalah amanat Adam sebelum menyerahkan Maya kepada Dani. Dalam My Sassy Girl pun ada scene ni. My Sassy Girl filem korea yang diterbitkan pada 2001 pastu mat salleh pun remake pada tahun 2008 dengan tajuk yang sama.

Kuliah Cinta ala-ala Kuch Kuch Hotai Hai. Rasanya tak perlu la terangkan panjang-panjang pasal filem ni. Mesti ramai tahu --tomboy bertukar jadi girlish sebab nak pikat bff dia tapi bff dia ni suka kat orang lain.

Syurga Cinta lebih kurang dengan filem Kiamat Sudah Dekat. Persamaan dari segi bagaimana seorang berubah dari jalan yang penuh maksiat kepada seorang lelaki alim yang insaf. Tapi bagi aku filem Syurga Cinta lagi romantik la.
Wei..sape ciplak sape ni??

Thursday, February 16, 2012

Shah Iskandar

Salam..

Mesti ramai yang tak brape familiar ngan nama ni kan. Aku mula berminat ngan dia ni sejak tengok drama Nora Elena. Dia pegang watak Malik..watak sampingan je tapi bagi aku penting gak la. Lepas aku google pasal dia, baru aku tahu yang Shah Iskandar ni asal dari Singapura. Dia mula ngan mengacara kat sana.

Kiranya Shah Iskandar ni ikut jejak langkah Aaron Aziz la. Lakonan dia boleh tahan gak. Dia ada berlakon lam drama Gerak Khas. Aku tak tahu sangat watak dia lam tu sebab aku tak berminat tengok drama polis yang sangat dramatik. Huhu. 

Yang terbaru, dia berlakon lam drama Atas Nama Cinta kat slot Akasia, TV3. Baru seminggu ditayangkan, tapi watak Shah ni lom kuar lagi sebab sekarang ngah cerita watak dia masa kecil --> Saiful/Ghazali. Tak sabar nak tunggu kemunculan dia. Mesti best. Hee.

Bersahabat biar ikhlas!!

Salam..

Selalu sangat berhadapan dengan situasi yang mana kita terpaksa bersahabat dengan orang yang tak disukai dari kecik sampai la ni. Tak tahu macam mana nak berdepan dengan orang pandai bermuka-muka tapi kat belakang mengata, mengutuk, mengeji sampai sanggup fitnah.

Bukan seorang dua, tapi dah ramai orang macam ni aku jumpa. Spesis yang pandai sangat memuji dan nampak sangat mesra dengan kita tapi hakikatnya, mengumpat kita kat belakang. Aku paling tak boleh terima spesis ni. Nak je aku gi letup rumah dia, biar aku leh hidup aman tanpa orang macam tu kat lam radius hidup aku.

Tapi aku masih waras dan hanya mampu berdoa, biar Allah je yang balas. Orang yang mulut jahat ni pasti balasannya dahsyat. Aku mampu bersabar je dan teruskan dengan hidup aku yang serba kekurangan ni.

Weirdo on her head

Princess Beatrice of York adalah anak perempuan pertama kepada Prince Andrew, Duke of York, dan Sarah, Duchess of York. Dia merupakan cucu kelima Elizabeth II dan The Duke of Edinburgh. Dia menjadi perbualan hangat kerana ketika perkahwinan sepupunya Prince William dan Catherine Middleton, dia memakai topi yang agak pelik dan kelakar. Topi ini dipersendakan oleh orang ramai. Huhu, memang kelakar pun.


Selain topi kat atas ni, dia juga pernah pakai bebrapa hiasan kepala yang mencuri perhatian ramai.

Friday, February 3, 2012

Keje..keje..keje..

Salam..

Sekarang aku kerja kat Segamat. Manakala encik tunang kerja di Pasir Gudang. Perbezaan jarak lam 3 jam perjalanan kalau drive standard aku. Kiranya kitorang ni percintaan jarak jauh la. Semasa bercinta, bertunang..berhubung melalui telefon je. Jumpa sebulan sekali.

Ramai orang push aku supaya cari keje area pasir gudang. Dekat dengan encik tunang dan kakak ada 2 orang kat sana. Buat masa ni aku tak bersungguh-sungguh cari keje lain sebab aku tak nak keje aku kat sini terganggu. Yela, kalau aku sibuk cari keje...prestasi aku merosot dan kakak aku suruh aku apply cuti untuk cari kerja.

Dah nak dekat kawin ni, aku malas nak bercuti. Nanti gaji aku sikit. So, bajet aku lari. Yela, sekarang aku tengah berjimat-cermat kumpul duit kawin. Takkan nak harapkan encik tunang je. Kesian dia. Risau jugak takut dia yak cukup rehat. Setiap hari keje dari pagi sampai malam.

Aku berazam nak jadi isteri mithali dan ibu yang boleh mendengar masalah anak-anak. Aku tak nak bakal anak-anak aku alami apa yang pernah aku lalui dulu. Insyallah.

It's so true!!can't wait..

Saman

Satu hari Minah pergi bank untuk bayar ansuran rumah. Ramai betul orang kat bank hari. Sesudah selesai urusan dia, bergegas la dia keluar dari bank tersebut kerana banyak hal yang nak disetelkan.

Sebaik sahaja keluar, dia nampak polis sedang menulis saman. Minah pun meghampiri polis tersebut. "Eh, macam kenal je kereta ni. Encik, apa kata kita pergi minum. Encik pun nampak penat je ni..hee". Saje minah nak beramah mesra.

Polis tu cuma tersenyum dan sambung menulis saman. "Kurang ajar polis ni". Polis tu pandang minah dengan muka merah. Selepas siap tulis saman tadi, polis tersebut tulis lagi satu saman. Minah pun, "2@#$@$%" kat polis tu. Polis tu tulis lagi satu saman. 

Minah makin berani menengking dan memaki polis tersebut. Dan...makin banyak saman dikeluarkan. Minah terus berlalu dari situ menuju ke bas yang sudah berhenti untuk mengambil penumpang. Setelah bas bergerak, minah senyum ceria sambil melambai-lambai polis tadi.

Minah yakin, surat-surat saman tu mesti dihantar ke alamat pemilik kereta tadi. Lantak la, bukan kereta dia. Saje je nak test polis tadi. Betul la apa orang kata, polis ni bukan boleh kita kutuk dia. Konpem kena saman!!Pelik la polis ni..huhu


p/s: aku syak Minah ni mereng.

Thursday, February 2, 2012

Bukan nak mengungkit

Salam..

Selalunya bila kita tolong orang dengan ikhlas, semestinya kita tak mengharapkan balasan. Aku ni kalau nak mintak tolong, tengok orang gak. Biasanya aku memang susah nak mintak tolong melainkan terpaksa atau tiada jalan lain.

Pagi tadi adalah contoh terbaik..aku terpaksa mintak tolong officemate untuk buat sesuatu. Tapi dibuatnya sambil lewa. Masa nak mintak tolong aku, bukan main lagi berbaik ngan aku, bermuka manis segala. Tapi aku nak cakap apa..nak je aku sound 'lain kali jangan cari aku lagi kalau ko ada masalah'. Tapi aku masih waras dan masih mampu bersabar.

Hidup dalam komuniti yang kecil memang kena banyak bersabar sebab ke mana saja aku pergi, pasti aku bertembung dengan dia juga.

Wednesday, February 1, 2012

Izara Aishah

Salam..tetiba rasa nak tulis pasal pelakon baru ni. Mula-mula aku tengok dia berlakon, lam drama Keranamu Laila. Watak Laila ni terlalu kurang ajar sampai aku meluat nak tengok drama tu. Lepas tu time aku tengok Melodi, ada Izara. Time tu diorang wat live kat jom heboh Sabah. Masa tu baru aku perasan, Izara ni sangat cantik dan sopan.

Izara ni ada berlakon lam Soffiya. Pegang watak jahat, Fiona. Menyampah sangat-sangat sampai rasa nak pegi tolong Soffiya pukul Fiona tu. Watak ni agak sama macam Laila, terlalu manja dan kurang ajar. Pernah dengar kat Hot fm, Izara cakap dia risau jugak bawak watak jahat ni dan teringin nak berlakon watak baik lak.

Dan..sekarang, drama Vanilla Coklat lakonan Izara sedang ditayangkan kat TV3. Watak baik tapi tetap kasar pada pandangan aku. Actually, aku teringin tengok dia berlakon jadi baik dan pada masa yang sama sopan dan ayu serta penyabar. Sebab bagi aku, wajah cantik bertambah cantik kalau sikap pun sopan dan ayu.

Gambar ni cilok kat google.