Monday, February 20, 2012

Cermin kereta aku kena pecah!

Salam..

Aku tak tahu bagaimana perasaan aku sekarang..bercampur. Geram, marah, sedih dan wtf. Tak pasal-pasal insiden ni melemahkan semangat aku yang sememang nya dah rapuh ni.

Menurut jiran aku yang duk tingkat dua..(aku duk umah flat, tingkat tiga), dia tersedar dari tidur pukul 4 pagi selepas terdengar bunyi bising kat bawah. Dia intai dari bilik dia nampak sorang mamat india pusing kereta aku dan pecahkan tingkap.

Dia pun terus bukak tingkap. Mamat india tu pun lari masuk lori. Malam tu aku xsedar pape. Tak tahu pun apa yang jadi kat kereta aku. Esoknya aku pergi kerja seperti biasa. On the way pergi kerja aku nampak kereta ok je (tak nampak cermin depan). Aku jalan kaki je pergi kerja. Dekat sangat lagipun.

Lepas balik kerja baru perasan, tu pun jiran aku yang bagitau. Aku pun check la bahagian yang pecah tu. Dia pecahkan kat road tax je..kertas road tax tu hilang. Sedih sangat tengok keadaan RED. Tak pasal menyusahkan hidup aku.

Hari ni aku pergi ambik salinan road tax yang baru. Kena bayar rm50..mahalnya..T_T... Aku lom betulkan cermin lagi. Buat masa sekarang aku lekatkan plastik dulu. Lom ada duit nak repair. Disebabkan insiden ni duit aku terbang!!Waaaaaaaaaaaaaa..nape lam banyak-banyak kereta kat situ, aku je yang kena??why??why??Dugaan..

Aku cuma boleh mohon pada Allah supaya insan terbabit diberikan balasan setimpal!!Amin..

No comments:

Post a Comment