Thursday, February 2, 2012

Bukan nak mengungkit

Salam..

Selalunya bila kita tolong orang dengan ikhlas, semestinya kita tak mengharapkan balasan. Aku ni kalau nak mintak tolong, tengok orang gak. Biasanya aku memang susah nak mintak tolong melainkan terpaksa atau tiada jalan lain.

Pagi tadi adalah contoh terbaik..aku terpaksa mintak tolong officemate untuk buat sesuatu. Tapi dibuatnya sambil lewa. Masa nak mintak tolong aku, bukan main lagi berbaik ngan aku, bermuka manis segala. Tapi aku nak cakap apa..nak je aku sound 'lain kali jangan cari aku lagi kalau ko ada masalah'. Tapi aku masih waras dan masih mampu bersabar.

Hidup dalam komuniti yang kecil memang kena banyak bersabar sebab ke mana saja aku pergi, pasti aku bertembung dengan dia juga.

No comments:

Post a Comment