Friday, January 25, 2013

KITA MUDAH LUPA

Assalamualaikum....

Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kadang-kadang kita mudah riak, takbur tanpa tahu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan. Semua itu hanyalah sementara, pinjaman dari yang Maha Esa.

Sikap suka menunjuk-nunjuk ni, lambat laun akan membawa petaka pada diri sendiri. Cukuplah dengan  bersederhana dan lagi bagus kalau kita. Sedikit sarkastik.

Ok..ni post yang skema. Bye.


Galaxy vs Witch Hunters

Hepi dapat galaxy note ii dari suami kesayangan.. pada mulanya nk beli guna aeon kredit je tapi kena tggu sampai sebulan. Tak sanggup den nak tunggu eh. Rupanya galaxy note ni limited stok.
Balik umah je terus en suami godek2 galaxy note tu..hee

Alhamdulillah, dapat gak merasa - en suami belanja..bayar cash tu..rm2300.00..fuh..pasni susah sikit la nk mntak pape.

Pastu tengok wayang Hanzel & Gretel : Witch Hunter. .3d lagi u..macam jakun je tgk sebab x penah tgk 3d..pastu cermin mate lak leh wat balik..hee..best..


Monday, April 9, 2012

Panas Hati..

Salam..

Ya..aku memang mudah panas hati bila terima kutukan, kritikan, dan teguran. Aku biasenya mudah melenting saat tu jugak. Tapi bagi aku masa sekejap, baru aku cool down. Bila dah tenang baru aku fikir balik apa yang orang cakap pastu asingkan mana baik dan buruk.

Aku tak pandai mengawal emosi sendiri dan aku cepat berubah angin. How to control this unstable emotion?? Huhu, i don't know..Nasib baik encik tunang memahami dan bersabar dengan aku. I love him so much!!

Sunday, March 25, 2012

Sikap jeles membabi buta

Salam..

Aku tak suka orang yang cemburu buta. Tapi tanpa sedar aku pun termasuk dalam golongan tersebut. Kalau encik tunang cakap dia nak keluar dengan kawan-kawan dan ada perempuan di kalangan kawan-kawan tersebut, aku mesti tak senang duduk.

Mungkin ini dugaan berjauhan. Aku tak kenal kawan-kawannya. Aku tak tahu bagaimana sikap kawan-kawan perempuannya sama ada gedik ke, seksi ke.. Encik tunang ni jenis yang mesra orangnya dan suka ketawa.

Aku sakit hati kalau membayangkan dia sedang gelak ketawa bersama kawan-kawan perempuannya. Aku sedar, aku harus mempercayai dia. Lagipun sekarang kami sedang menghitung hari menuju alam perkahwinan. Tapi apakan daya, aku lemah dan mudah tenggelam dalam emosi sendiri.

Ya Allah, tolong kuatkan hatiku ini untuk mengawal emosi ku ini.

Wednesday, March 21, 2012

Kartun dulu dan kini.

Salam..

Aku rindu nak tengok cerita kartun yang hanya ada pada zaman aku budak-budak dulu. Ye..dah tua bangka ni pun aku still tengok kartun taw. Antaranya:

1) Tomatoman. Masa tu ditayangkan kat tv2 hari rabu kul 4.30 pm. Balik je dari sekolah petang terus terkam tv.

2) Usop Sontorian. Aku paling suka dengan ayam selebet dengan suara dia yang kelakar tu. Hee.


3) Keluang Man. Ni pun kelakar bila orang gila jadi hero. Huhu.



4) Yokies. Ni keluarga telur. Comel.

Sebenarnya banyak lagi. Sekarang aku gila Atashinci. Haha. Mak dia tu kelakar la. Kartun Jepun macam Chibi Maruko, Ninja boys, Sailormoon, Wedding Pic dan banyak lagi memang menarik. Bila tengok kartun comel dan lawak memang hilang stress. Hee.

Sekarang upin ipin dah ambik alih. Kartun Boboiboy menarik tapi dorang macam xde idea. Stress bila TV3 asyik ulang tayang episod sama. Huhu.

Ingat perempuan je ke perlu cantik dan wangi?

Salam..

Sering kali aku perhatikan. Lelaki ni nak perempuan dia cantik dan wangi sentiasa. Tapi sedarkah anda bahawa perempuan juga mahukan perkara sama?Berikut aku senaraikan ciri lelaki yang aku tak berkenan:


  1. Lelaki yang bela bulu ketiak. Sesetengah lelaki merasa mereka macho bila tak shave bulu ketiak diorang. Tapi diorang sedar tak kalau dibiarkan, peluh yang dikeluarkan sangat la tengik berbanding orang yang cukur bulu ketiak mereka. Jadi lelaki spesis ini harus memakai deodorant yang kuat baunye serta tahan lama.
  2. Muka berminyak tapi tak mahu guna pencuci muka. Lelaki ni memang la kulit diorang kurang sensitif tapi diorang ni kebanyakannya lagi aktif dari perempuan. Muka diorang pun lebih terdedah pada habuk, minyak dsb. Yang keje pejabat ngadap pc 24 jam tak termasuk k. Jadi sila la gunakan pencuci muka sebelum tido dan sebaik sahaja korang bangun tido.
  3. Lelaki yang gendut, boroi. Kebanyakan lelaki suka tengok perempuan yang berbadan ramping kan. Tapi diorang sendiri tak jaga penampilan mereka. Tahu tak anda bahawa kami, selaku perempuan yang  berhati mulus ni pun suka tengok lelaki berbadan sasa. Jadi, jom la kita meluangkan masa berjoging bersama untuk kekal sihat dan menawan ye.
  4. Lelaki berpakaian selekeh. Sangat mencacatkan pemandangan kalau seorang perempuan cantik berbaju bunga-bunga serta tudung melilit kepala dan pakai heel berjalan dengan seorang lelaki pakai t'shirt lusuh serta seluar penuh lubang dan hanya pakai selipar jamban. Huhu.
Ok. Tu je nak tulis. Ini hanya pendapat peribadi, tiada kaitan dengan sesiapa k. Sekian.

Tuesday, March 20, 2012

Totally piss off!!

Ambik ko..gedabak besar pic marah aku. Huhu. Ada banyak perkara yang boleh menyebabkan aku marah sampai macam ni. Antaranya adalah kalau orang cakap pasal berat badan aku yang senang naik tapi susah turun.

Bagi aku isu berat dan bentuk badan ni adalah isu yang sensitif. Ingat aku tak tension ke kalau korang tegur pasal berat aku??Kat bawah adalah beberapa contoh ayat yang menyakitkan telinga, hati dan emosi aku.
  1. Time aku ambik mug yang besar dari biasa masa wat air kat pantri ada yang tegur "wah, besar nya gelas tu macam kau" Nak je aku jawab, "wei, bengap!mug ni lagi kecik dari hidung ko taw"
  2. "Suhaila, awak makan apa yang besar sampai macam ni?daging ke?" Aku cuma mampu jawab dalam hati, "ko lak makan pe sampai perut boroi macam tu??"
  3. Minah sama yang mengeluarkan ayat 1 ternampak aku ngah makan coklat, "patut la u tak kurus2, banyak makan coklat rupanya"..Aku cuma mampu jeling sambil menyumpah dalam hati "ko ingat ko tu kurus sangat ke?ada nampak aku makan coklat hari-hari??dah berbulan aku tak makan coklat, hari ni baru teringin nak makan sikit ko dah nyindir sampai macam tu??at least aku tak bolot semua coklat yang anak bos bagi suruh kongsi makan sama-sama letak atas meja aku macam ko tu. Sial!!"
Boleh faham tak perasaan aku? Aku ni kira masih lagi berbudi bahasa sebab aku cuma simpan dalam hati. Aku ni mana pandai cari gaduh. Tak suka!

Dalam proses menguruskan badan ni, bukan saja kena kuatkan stamina tapi mental pun kena kuat. Kalu stress, makin susah la badan nak kurus. Huhu.