Friday, January 20, 2012

Aku keliru..

Tadi wat blog walking kat blog cik epal, dia suruh jawab soalan dan jangan banyak fikir. Jawab dengan spontan. Kalau salah, bermakna konsentrasi kita terganggu. Dan hasilnya, aku memang terganggu dan terkeliru, haha. Ni soalannya;


~Permainan konsentrasi warna :

1. Kertas A4 apa warna dia ?
2. Asap warna dia ?
3. Tisu warna dia apa ?
4. Lembu minum apa ?



Aku jawab lembu minum susu..dah sah2 lembu minum air.Huhu.


1. Rambut anda warna apa ?
2. Tulisan ini warnanya apa ?
3. Jalan raya warnanya apa ?
4. Kelawar tidurnya bila ?



Aku jawab malam. Kelawar berjaga malam la. Haha. Konsentrasi terganggu lagi.Yang tulisan tu, aku jawab hitam sebab, kat blog cik epal tulisannya hitam.


1. Warna cendol apa ?
2. Daun kelapa warnanya apa ?
3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?
4. Harimau makananya apa ?



Yang ni pun sama, kenapa aku jawab harimau makan rumput??Adoyaii..dan sama pulak tu dengan jawapan salah kat blog cik epal.



Thursday, January 19, 2012

Persiapan kahwin

Banyak perkara yang perlu difikirkan rupanya nak wat majlis kahwin ni. Nampak macam simple je. Huhu. Kalau mintak pendapat dari ibu, semestinya dia nak yang perfect je. Tapi aku ngan encik tunang cuma nak buat ala kadar je. Tak perlu besar-besar. Walaupun begitu tak boleh pandang remeh dengan persiapan ni.

Checklist (persiapan yang patut dibuat)

  1. Barang hantaran. Seperti yang telah dibincangkan, jumlah barang hantaran adalah 7 berbalas 9. Masa tunang bulan 9 hari tu, kami wat 5 berbalas 7. Dah beli sikit-sikit. Hee.
  2.  Tempahan pelamin. Kami bercadang bulan Mac, baru nak g survey ngan tempah sekali kat Terengganu. Harap tak lewat sangat la.
  3. Goodies. Pun dah beli beg goodies. Ibu tersayang dah tempah bakul untuk goodies special. Isi-isi kena beli time nak dekat majlis. Kang luput lak nanti. Haha. 
  4. Baju untuk nikah dah tempah. Warna pink u ollz..haha. Gedik kan..
  5. Urusan pendaftaran nikah. Yang ni pun bulan Mac nanti baru nak g setelkan. Kena wat ujian saringan HIV. 
  6. Tempahan kad undangan kahwin. Haruslah sebulan sebelum majlis dah start edar. Belum survey lagi.
  7. Cenderahati untuk orang rewang.
Apa lagi ya..Erm..harap semuanya berjalan lancar. Nak puaskan hati semua pihak memang susah. Banyak lagi yang perlu dititik beratkan. Kesian encik tunang bekerja keras untuk kumpul duit hantaran. Pas kahwin kita cuti panjang ye. Love u AHMAD SABRI bin ANUAR. 

Ibu dan bakal mertua.

Wednesday, January 18, 2012

Perubahan di Segamat!!

Dah 2 tahun aku kat Segamat ni. Sekejap je ms berlalu. Sedikit perubahan dan kemajuan yang aku tgk sepanjang aku kat sini. Perubahan yang paling ditunggu oleh orang Segamat adalah, PANGGUNG WAYANG.

Sebelum ni kat Segamat ni takde satu pun panggung wayang. Bagi anak muda remaja yang jiwanya masih bergelora tambah-tambah lagi UITM student yang rata-ratanya berasal dari luar Segamat mesti mati kutu nak buat apa pada hujung minggu kat Segamat. Kalau nak tengok wayang terpaksa ke Melaka.

Sekarang tak perlu lagi. Dengan pembukaan pasaraya baru yang diberi nama ONE SEGAMAT pada Disember 2011, tentunya telah mengisi kekosongan itu.Nama cinema ni aku tak pernah dengar ~ LFS @ Lotus Five Star Cinema.

Aku takde la excited sangat pasal wayang ni. Sebab aku biasa turun JB. Maklumlah, tunang duk sana. Nak tengok wayang kat sini pun aku mana ada kawan satu kepala. Member ofis semuanya bini orang. Pernah sekali aku tengok dengan akak tempat aku kerja ni. Taste dia tak sama ngan aku. Last-last aku aku mengalah la tengok movie yang dia pilih. Dia layan movie Melayu je. Aku pulak lebih suka movie action, thriller atau seram. Baru ada feel tengok wayang. Kalau cerita jiwang atau biasa-biasa je sound effect dia, baik aku beli cd je..sekarang rm10 leh dapat 3 cd. 

2012!!

Bismillah..

Ahush..shush..berhabuk betul blog aku ni..huhu..dah tengah bulan januari,baru terfikir nak update. Harapnya tahun 2012 ni bagi sedikit kelainan dalam hidup aku yang sangat2 boring ni..Insyallah aku bakal jadi isteri orang tahun  ni dengan insan yang sangat istimewa dan bakal membawa perubahan dalam hidup aku.

Sepanjang tahun 2011, banyak perkara berlaku sama ada yang baik mahupun yang buruk. Yang paling manis mestilah perkenalan dengan tunang tersayang..yang paling pahit, tak perlu lah aku tulis kat sini. Aku ni suka pendam dan pendendam orangnya. Tak perlu dihebohkan keburukan orang, dan walaupun pendendam, aku tak akan buat apa-apa untuk membalas cukup sekadar memerhati dan tersenyum sendiri bila musibah menimpa dia. Itu pun dah cukup jahat sebenarnya..tak patut gembira atas kesedihan orang lain tapi aku puas ati jika dia pernah sakiti aku. Aku tak perlu membalas perbuatannya..biar Tuhan mengadili.

Lembaran tahun baru dibuka dengan kelahiran anak saudara aku pada 2.1.2012 tepat jam 2.34 ptg di HSI. Qushairi Azwar nama diberi..hee. 6 tahun kakak aku tunggu kelahiran anak pertama. Tapi aku belum sempat melihat wajah comelnya disebabkan jarak dan masa tidak mengizinkan. Seminggu selepas kakak aku bersalin, aku pergi ke JB untuk melihatnya, tapi tak boleh kerana baby ditahan dalam unit ICU. Haruslah kerana lahir tak cukup bulan. Sepatutnya due 1.2.2012. Sekarang baby dah ok. Alhamdulillah.

Sekian dulu untuk 1st blog 2012.

Tunang ngan ibu saya yang tersayang (^_^)