Wednesday, January 18, 2012

Perubahan di Segamat!!

Dah 2 tahun aku kat Segamat ni. Sekejap je ms berlalu. Sedikit perubahan dan kemajuan yang aku tgk sepanjang aku kat sini. Perubahan yang paling ditunggu oleh orang Segamat adalah, PANGGUNG WAYANG.

Sebelum ni kat Segamat ni takde satu pun panggung wayang. Bagi anak muda remaja yang jiwanya masih bergelora tambah-tambah lagi UITM student yang rata-ratanya berasal dari luar Segamat mesti mati kutu nak buat apa pada hujung minggu kat Segamat. Kalau nak tengok wayang terpaksa ke Melaka.

Sekarang tak perlu lagi. Dengan pembukaan pasaraya baru yang diberi nama ONE SEGAMAT pada Disember 2011, tentunya telah mengisi kekosongan itu.Nama cinema ni aku tak pernah dengar ~ LFS @ Lotus Five Star Cinema.

Aku takde la excited sangat pasal wayang ni. Sebab aku biasa turun JB. Maklumlah, tunang duk sana. Nak tengok wayang kat sini pun aku mana ada kawan satu kepala. Member ofis semuanya bini orang. Pernah sekali aku tengok dengan akak tempat aku kerja ni. Taste dia tak sama ngan aku. Last-last aku aku mengalah la tengok movie yang dia pilih. Dia layan movie Melayu je. Aku pulak lebih suka movie action, thriller atau seram. Baru ada feel tengok wayang. Kalau cerita jiwang atau biasa-biasa je sound effect dia, baik aku beli cd je..sekarang rm10 leh dapat 3 cd. 

No comments:

Post a Comment