Wednesday, January 18, 2012

2012!!

Bismillah..

Ahush..shush..berhabuk betul blog aku ni..huhu..dah tengah bulan januari,baru terfikir nak update. Harapnya tahun 2012 ni bagi sedikit kelainan dalam hidup aku yang sangat2 boring ni..Insyallah aku bakal jadi isteri orang tahun  ni dengan insan yang sangat istimewa dan bakal membawa perubahan dalam hidup aku.

Sepanjang tahun 2011, banyak perkara berlaku sama ada yang baik mahupun yang buruk. Yang paling manis mestilah perkenalan dengan tunang tersayang..yang paling pahit, tak perlu lah aku tulis kat sini. Aku ni suka pendam dan pendendam orangnya. Tak perlu dihebohkan keburukan orang, dan walaupun pendendam, aku tak akan buat apa-apa untuk membalas cukup sekadar memerhati dan tersenyum sendiri bila musibah menimpa dia. Itu pun dah cukup jahat sebenarnya..tak patut gembira atas kesedihan orang lain tapi aku puas ati jika dia pernah sakiti aku. Aku tak perlu membalas perbuatannya..biar Tuhan mengadili.

Lembaran tahun baru dibuka dengan kelahiran anak saudara aku pada 2.1.2012 tepat jam 2.34 ptg di HSI. Qushairi Azwar nama diberi..hee. 6 tahun kakak aku tunggu kelahiran anak pertama. Tapi aku belum sempat melihat wajah comelnya disebabkan jarak dan masa tidak mengizinkan. Seminggu selepas kakak aku bersalin, aku pergi ke JB untuk melihatnya, tapi tak boleh kerana baby ditahan dalam unit ICU. Haruslah kerana lahir tak cukup bulan. Sepatutnya due 1.2.2012. Sekarang baby dah ok. Alhamdulillah.

Sekian dulu untuk 1st blog 2012.

Tunang ngan ibu saya yang tersayang (^_^)

No comments:

Post a Comment