Thursday, March 10, 2011

CINTA YANG RAPUH!!

CINTA. Hadirnya tidak terduga, hilangnya pasti terasa. Definisi cinta terlalu subjektif dan sukar untuk ditafsirkan. Ada yang sanggup mati kerana cinta. Ada yang sanggup membunuh kerana cinta. Cinta boleh mengubah manusia jadi makhluk yang paling mulia dan boleh juga menjadi sangat kejam. Semua bergantung pada seseorang untuk mengawal panahan cinta yang bergelora.

Nak cerita satu kisah. Seawal cinta mula berputik, semuanya indah. Sehari tak berjumpa bagai bertahun lamanya. Sama ada jaga atau tidur, hanya wajah sang kekasih bermain di mata. Setiap saat kalau tidak ber'sms' pasti hati gundah gulana. Kemudian, terus call untuk bertanya kenapa, apa yang terjadi. Jika pasangan cakap, lupa nak topup, serta-merta pergi topupkan. Setiap detik, mahu tahu apa perkembangan sang kekasih - apa yang dilakukan, apa yang dimakan, apa yang difikirkan.

Tetapi....apabila masa berlalu, rasa cinta itu semakin pudar. Rasa jemu mula bertandang. Apabila tak jumpa tak rasa apa-apa. Tak perlu lagi hari-hari bertanya khabar kerana menganggap jika sang kekasih tidak mengadu, pasti dia sihat-sihat saja. Apabila sang kekasih sms, jarang dibalas jika tidak penting. Jenuh ditunggu balasannya. Panggilan telefon juga tidak di jawab. Rapuhnya cinta mereka. Sang kekasih bertanya pada rakannya, adakah dia sedang dalam kesusahan. Kata mereka, dia baik-baik saja dan ceria seperti biasa. Tetapi hati sang kekasih tidak tenteram. Seperti sudah tidak diperlukan lagi. Segalanya tidak sama seperti dulu. Kawan-kawan menasihatkan sang kekasih, tinggalkan saja dia. Tetapi sang kekasih ingin terus menunggu, mungkin dia akan kembali seperti dulu. Masa terus berlalu, cinta itu tetap terasa pudar.

Akhirnya, sang kekasih tidak sanggup menunggu lagi. Dia mengambil keputusan untuk berpisah hanya dengan mengutuskan sms. Tetapi, smsnya tetap tiada balasan dari si dia sampai sekarang. Sang kekasih menganggap si dia sudah membaca smsnya dan tak mahu membalas kerana dianggap tak perlu. Sang kekasih redha.

p/s: ini kisah benar dan biasa berlaku..sesungguhnya, cinta yang hakiki hanya milik Dia, Sang Pencipta.

No comments:

Post a Comment