Thursday, March 10, 2011

AKU TERLEKA!!

Aku mula bawak kereta sejak bulan Disember 2010. Tapi aku dapat lesen 'P' masa awal bulan Januari 2011. Haha, sebulan bawak kereta tanpa lesen. Tak menyempat kan..hee. Sejak ada kereta, aku tak boleh duduk diam, lagi-lagi hujung minggu. Bukan apa, bosan la lepak sorang kat umah..bila da ada kereta, merayap la jawabnya. 

Ni la kereta aku : BABY RED
Biasanya, aku just drive tanpa tujuan, isi minyak penuh-penuh lepas tu terus gerak. Tengah drive baru aku fikir nak ikut jalan yang mana satu sama ada ke kiri, ke kanan, atau nak u-turn. Kalau aku tension pun, ni la caranya untuk aku lepaskan tekanan. Seronok bila dapat drive, lagi-lagi kat jalan penuh liku (tak tahu nak guna perkataan pe..:p) macam jalan dari Segamat ke Tangkak.

Lebih kurang macam ni la jalannya.
Suatu hari, aku rasa sangat sedih dan tertekan disebabkan masalah aku dengan teman lelaki (sekarang dah jadi kenangan). Aku bersendirian di rumah, kebetulan kawan aku ajak jumpa kat Melaka - dia ada family trip. Pada mulanya, aku malas. Tepat jam 8 malam, perasaan aku makin berkecamuk, jadi aku pergi menghidupkan enjin dan drive menuju ke Tangkak kemudian sampai ke susur masuk highway. Gerak hati aku  seperti menyuruh aku teruskan saja perjalanan tu. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk ke Melaka.

Sampai saja di Melaka, aku terpegun dengan keindahan Bandaraya Bersejarah ni. Cantik! lagi-lagi waktu malam yang penuh dengan lampu berkelipan. Aku terus menuju ke Dataran Pahlawan, tempat kawan aku berada. Bila aku sampai, kitorang cuma sempat minum dan berborak sekejap saja kerana family dia dah nak berangkat balik KL malam tu juga. Ayahnya ada hal pulak..huhu. Jadi aku stay dulu kat bandar yang indah tu sementara mereka berangkat. Alang-alang dah sampai sini kan..lagipun kali terakhir aku datang, 5 tahun yang lepas. Banyak yang sudah berubah.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Kawan aku mesti sudah masuk highway. Aku nak stay lama-lama, tak best la pulak rasanya. Lagipun, aku sorang-sorang. Jadi, aku ambil keputusan untuk balik ke Segamat. Sedang aku mencari jalan pulang (ke highway Ayer Keroh), aku terleka dengan keindahan neonnya. Tiba-tiba..PANGG!!!..aku terlanggar sebuah proton satria. Aku pegang stereng dan tekan brek sekuat tenaga sambil pejamkan mata. Apabila aku buka mata, suasana agak kelam kerana kereta aku telah dipenuhi asap. Aku gugup! Seorang gentleman mengetuk pintu dari luar,minta aku buka lock. Dalam keadaan blur, aku buka lock. Lelaki itu buka seat belt aku dan menarik aku keluar. Katanya, dia panik melihat asap yang memenuhi ruang keretaku. Alhamdulillah, aku selamat, cuma cedera ringan saja. Tapi BABY RED aku...rosak teruk!!Sekarang sudah 3 minggu BABY RED terlantar di workshop gara-gara kecuaian kau. Nasib baik pemandu dan penumpang proton satria semua selamat dan tidak cedera. Akibat kecuaian aku...

  1. BABY RED tenat di bahagian enjin...miss her..:(
  2. Proton Satria pun sakit di bahagian pintu sebelah kiri..kemik habis sampai belakang, tayar belakang terangkat sedikit.
  3. Lalulintas menjadi sesak
  4. Pihak hospital tambah lagi satu kes kecemasan..aku dibawa ke hospital dengan ambulans untuk merawat kecederaan ringan yang aku alami.
  5. Akibat luka di dagu dan leher, aku susah untuk buka mulut sama ada untuk bercakap atau makan
  6. Aku tak boleh makan makanan pejal hampir seminggu kerana luka di dalam mulut, mungkin aku tergigit ketika perlanggaran. Hanya minum milo dan sedikit bubur
  7. Pihak polis tambah lagi kerja..pukul 1 pagi sampai di balai
  8. Aku dikenakan saman trafik
  9. Menyusahkan pemilik proton satria
  10. Menyusahkan kakak aku yang terpaksa memandu dari JB ke Melaka pada malam itu juga. Sampai di Melaka hampir pukul 3 pagi.
Aku jadikan pengalaman ini sebagai satu iktibar untuk masa hadapan dan menyedarkan aku tentang sesuatu. Pengajaran yang aku dapat...

  1. Berfikir sebelum bertindak. Jangan terlalu mengikut perasaan.
  2. Rancang perjalanan. Keluar awal.
  3. Jangan memandu seorang diri ke tempat yang jauh di malam hari.Perlukan teman untuk tengokkan sign board dan arah
  4. Jangan terlalu leka dengan keindahan neon..hehe
  5. Always wear seat belt. Bayangkan kalau aku tak pakai seat belt, mesti dah melayang keluar dari kereta.
  6. Mesti peka dengan keadaan jalan dan pemandu yang lain. Bertolak ansur la k..
Jadi, tak kira kita di mana, tak kira waktu, kita mesti berhati-hati dan jangan cuai. Akibat kecuaian, bukan saja menyusahkan diri sendiri malah orang lain juga turut merasa kesannya. Berhati-hati selalu ok!!

No comments:

Post a Comment